10 KHASIAT BUAH STRAWBERRY

Assalammualaikum...

Petang-petang terasa nak makan buah strawberry la pula. Kalau la Cameron Highland tu dekat, dah lama ku sampi.heheheh. Khasiat buah strawberry ni banyak. Selain untuk kesihatan dan kecantikan kerana mempunyai kandungan mineral,vitamin dan antioksidan yang sangat tinggi.



KHASIAT BUAH STRAWBERRY



1. Anti-kanser

Kerana kandungan antioksidannya yang sangat tinggi membantu sebagai anti-kanser. Malah mencegah kerosakan radikal bebas dalam tubuh.

2. Hilangkan jerawat.

Kerana mengandungi vitamin c yang sanagt tinggi membantu untuk menghilangkan jerawat. Kandungan asid salicylic di dalamnya yang boleh mengangkat sel kulit mati.

3. Tingkatkan daya ingatan dan kesihatan mental.

Membantu dalam masalah anemia atau lebih untuk menstabilkan darah. Bagus utk ibu2 mengandung utk elak dari kecacatan otak.

4. Sistem percernaan.

Kandungan vitamin C yg sangat tinggi membantu melancarkan salur pencernaan. Malah dapat mengurangkan masalah sembelit dan cuci usus.

5. Emosi

Merangsang utk membebaskan serotonin yg dapat membuatkan emosi lebih stabil dan elakkan stress.

6. Kesihatan jantung



Kandungan antioksidannya membantu melindungi dari kerosakan arteri jantung dan mencegah pembekuan darah dalam salur darah.

7. Kecantikan kulit

Antioksidan dan vitamin c yang tinggi yang terkandung di dalamnya mengelakkan kerosakan kulit.



8. Cegah rambut kelemumur

Sumber mineral yang baik dalam buah strawberry membantu untuk mengelakkan dari rambut kelemumur.

9. Kesihatan tulang


Terdapat 21% kandungan mangan di dalam buah strawberry yang membantu kuatkan tulang.

10. Menurunkan kolestrol

Kaya dengan phyto-nutrisi yang dapat mencegah sebarang penyakit. Malah ia terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan menurunkan paras kolestrol.

Post a Comment

0 Comments