TIPS TAKE OFF PAMPERS ANAK

Assalammualaikum..

Sebelum ni Ida just kongsikan tips take off pampers anak melalui mulut sahaja. Itu pun bila ada yang minta tolong ajarkan. So kali ini Ida nak kongsikan tips yang Ida ajar masa Asyraf start 1 tahun 5bulan lagi. Time tu dia dah pandai jalan dan faham apa yang kita cakap.


TIPS TAKE OFF PAMPERS ANAK

1. Bawa ke tandas setiap 5-10minit

Umur 1 tahun 5 bulan dah boleh start ajar die kencing dan berak dalam bilik air. Mulakan pada waktu siang dahulu. Selepas die bangun pagi. Pakaikan dia lampin kain tu dan seluar macam biasa. Setiap kali 5-10minit bawa die pergi ke tandas untuk kencing. Kalau dia tak kencing, bunyi2 la skit mulut tu bagi kencing..Selalunya memang dia akan kencing sebab masa umur ni, memang anak banyak kencing.


masa ni 1 tahun lebih. Time ni masih pakai lampin

2. Pakaikan lampin waktu siang

Masa nak tidurkan dia waktu siang. Bawa die pergi tandas dulu, pakaikan lampin bagi die tidur. Alas la bawah dia dengan lapik getah dan kain takut bocor. Selepas dia bangun tidur bawa terus masuk bilik air untuk kencing. 



ida bagi pakai lampin kain biasa je. Kalau yang ada bajet lebih boleh pakai cloth diaper

3. Ulangi step ni sampai berjaya

Buat la step ni sampai die dah pandai cakap nak kencing. Tanya die nak kencing ke tak, dan bagitahu die "kalau nak kencing bagitahu mummy ye".Malam Ida masih pakaikan pampers lagi masa ajar dia step macamni. Selepas beberapa bulan tu, walaupun pakai masa tidur malam, Esoknya pampers die kering. So masa itu dah ajar tidur malam tak pakai pampers.

4. Take off waktu tidur malam.

Bila waktu siang dia dah pandai bagitahu, insyaallah waktu malam takde masalah. Nak bagi dia tak kencing waktu tidur malam. Selepas die tidur. Dalam pukul 2 atau 3 pagi. Angkat dia bawa ke tandas. Cara ni Ida buat sampai sekarang,walaupun Asyraf nak kencing dia pandai bangun sendiri kejut Ida. Selalunya die nangis je nak kencing so kita kena alert la. Even masa pantang pun Ida still kejutkan dia ke tandas.

5. Banyakkan bersabar.

Masa nak ajar anak off pampers ni kena banyakkan bersabar. Sebabnya memang anak akan terkencing atau berak merata. Asyraf pernah berak, pastu die pegang taik die bawa kat Ida. Siap nangis lagi,nasib baik tak masuk dalam mulut.

6. Kerapkan bertanya samada dia nak kencing atau berak

Pada permulaan nak ajar die kencing dalam bilik air, memang kena rajinkan bertanya. Even sampai sekarang pun Ida akan sentiasa bertanya sebab dia suka tahan kencing. Mulut cakap taknak, bila masuk je tandas macam paip bocor.heheheh

7. Take off masa shopping atau holiday

Time ni kita kena tanya. Tapi Asyraf suka tahan. Dulu masa first time tahu die dah boleh take off pampers masa jalan-jalan sejak Ida perasan masa jalan jauh dari Kemaman ke Melaka, sampai je Melaka. Tengok2 pampers die kering. Masuk je hotel baru die cakap nak kencing. Bayangkan berapa lama die tahan, Ida ingatkan die dah kencing dalam pampers tak de la Ida tanya die. So time tu dah confident Asyraf dah tak perlukan pampers lagi.

So semenjak itu, memang Ida tak pakaikan die pampers langsung walaupun tidur malam dan berjalan-jalan. Totally dah off pampers start umur dia 2 tahun lebih la. Selepas Aqil lahir, sebelum itu memang dah tak pakai pampers.

Sekarang umur Asyraf dah 3 tahun 5 bulan, walaupun pun kadang-kadang dia ada datang nyanyuk die berak dalam seluar la,kencing dalam seluar la. Itu normal. Umur die sekarang kadang2 jadi lupa sebab asyik bermain kan. So kena sabar la skit even Ida pun kadang2 jadi "hulk". Sebabnya penat dengan melayan si Aqil lagi yang meragam kadang2.



Aqil dengan Asyraf, muka nak sama kan..hehehhe

So nasihat Ida bagi ibu2 yang nak take off pampers anak. Ajar dari awal walaupun rasa penat dan tak boleh bersabar. It's ok sebab kesan die akan datang, jadi lebih mudah. Sebab apa Ida cakap cmtu, Ida pernah jumpe anak die umur dah 5tahun dah masuk tadika tapi masih nak pakai pampers siap nangis lagi kalau tak pakaikan. Nanti giliran Aqil plak nak ajar die take off pampers.

GOOD LUCK!!

Post a Comment

0 Comments