TIPS MENYUSU ANAK KEMBAR

Assalammualaikum...

Wah alangkah gembiranya bila dapat tahu kita akan melahirkan anak kembar kan? Paling best bila ank pertama, sekali keluar 2 orang terus.hehehe. Ini Ida kongsikan tips menyusu anak kembar. Takde alasan ye nak susukan anak walaupun anak kembar. Insyaallah pasti ada rezeki untuk anak kita.



TIPS MENYUSU ANAK KEMBAR


1. Waktu kelahiran bayi

Kebanyakan bayi kembar lahir secara pramatang atas sebab-sebab kesihatan ibu. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi persiapan payu dara untuk menghasilkan susu kerana ia memerlukan masa lebih lama untuk menghasilkannya. 


Dalam hal ini ibu mempunyai dua pilihan sama ada memberikan bayi dengan susu formula terlebih dahulu atau mengepam payu dara. Semakin kerap dipam, pengeluaran susu ibu akan semakin lancar dan banyak, maka ibu boleh menyusukan bayi kembar dengan normal.

2. Berkongsi pengalaman

Carilah sebanyak mungkin info dan perkongsian pengalaman daripada mereka yang pernah menyusukan bayi kembar. Jika tidak jumpa di sekeliling anda, cari sahaja di internet menerusi pelbagai forum ibu menyusu. Bahkan anda juga boleh berkonsultasi dengan konsultan laktasi yang kini ada ramai di luar sana bersedia memberikan khidmat nasihat berkenaan hal penyusuan.

3. Buat jadual menyusu

Waktu untuk menyusukan bayi kembar bergantung kepada ibu dan bayi sendiri. Namun kebanyakan ibu lebih selesa memilih waktu yang sama untuk menyusukan si kembar. 


Ada dua sebab mengapa mereka memilih masa yang serentak iaitu pertama kerana efisiensi waktu. Walaupun memerlukan masa yang lebih panjang, tetapi ibu tidak perlu bergantian menyusukan bayi yang pasti mengambil masa yang lama untuk ibu. 

Kedua, ibu tidak perlu panik apabila salah seorang kembar menangis ketika sedang menyusukan seorang kembar. Maka jika anda memilih untuk menyusukan kembar serentak lakukan ia sejak awal lagi sehingga pasangan kembar stabil memiliki jam penyusuan yang sama.

4. Memilih posisi selesa

Pemilihan posisi menyusu memainkan peranan penting dalam kejayaan penyusuan susu ibu. Posisi paling selesa dan sesuai untuk ibu beranak kembar adalah football hold atau cradle hold. Alat bantuan seperti bantal menyusu sangat membantu ibu anak kembar lebih selesa dan tidak penat ketika menyusukan bayi. Dengan bantuan bantal ini, ibu tidak perlu terlalu memagang atau memeluk si kembar ketika mereka menyusu.

5. Selang-seli posisi

Jangan biasakan bayi anda menyusu di payu dara yang sama secara terus-menerus. Jika sebelumnya bayi A sudah menyusu di payu dara kiri maka untuk sesi penyusuan selepas itu biarkan dia menyusu di payu dara sebelah kanan dan seterusnya.


Ini beberapa tips menyusu anak kembar. Sila lihat video ni di sebalik kisah seorang ibu menyusu.


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Jika anda ada sebarang masalah tentang penyusuan boleh hubungi Ida untuk sedikit nasihat dan cadangan supplement untuk meningkatkan pengeluaran susu yang banyak.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

0 Comments