RESEPI AGAR-AGAR LUMUT SIMPLE DAN MUDAH

12:49:00 AM


Assalammualaikum...

Semalam saja-saja terasa nak buat agar-agar. Kebetulan memang dah lama teringin nak buat tapi takde kesempatan sebab tak beli santan.hehehhe. Ini Ida kongsilan resepi agar-agar lumut simple dan mudah.

RESEPI AGAR-AGAR LUMUT



BAHAN-BAHAN:
  • 25g agar-agar tali (dlm paket)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 6 helai daun pandan
  • Air 800ml
  • 11 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • Pewarna hijau
CARA-CARANYA

1. Masak agar-agar yang dah dipotong separuh dalam air sebanyak 800ml. Masak sehingga agar-agar larut.

2. Blender daun pandan dan 600ml air. Tapis

3. Masukkan dalam agar-agar yang dah larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut sepenuhnya.

4. Pecahkan telur dalam masngkuk, kacau dan masukkan santan dan garam. Masukkan pewarna

5. Bila gula dah larut, masukkan campuran santan tadi.

6. Kacau sehingga mendidih

7. Tutup api dan masukkan ke dalam loyang.

8. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti ais

9. Dah sejuk,siap untuk di makan.



jemput makan ye..

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)