MY FAVOURITE ONLINE SHOP

Assalammualaikum..

Kaum wanita kalau bab fesyen memang no 1 kan? Kita mesti nak up to date mengikut masa tapi mesti ingat janganlah fesyen hinggakan membuka aurat kita sebagai kaum muslimah.


Bagi Ida, Ida memang dah jarang nak keluar shopping baju disebabkan masa dan keadaan. Yelah dengan anak-anak kecik memang tak boleh nak shopping lama-lama. Sebab kita mesti nak cuba dan nak pusing cari baju yang berkenan dalam hati. So jalan yang mudah, beli online la jawapannya.

Memang kebanyakan baju Ida sekarang memang beli online. Tapi itu pun Ida bukan sebarangan beli. Ida akan tengok pada material dan ukuran baju tu, Kalau singkat atau nipis atau jenis kain lycra memang Ida takkan beli walaupun baju itu cantik sangat. So jom Ida kongsikan beberapa shop baju yang Ida suka terjah.

1. Mak Jah Closet



Ida suka singgah tengok design yang terbaru, Yang menariknya kat MakJah Closet ni sebab selalu ada buat sale. So siapa yang terlepas memang rugilah kan..



Design dalam ni memang kebanyakkan sama je tapi biasala kan. Bila stok dah habis tapi dah kita berkenan sangat memang kita akan cari kat orang lain.



Elya Store ni sesuai untuk kaum wanita yang nak cari baju mengandung dan baju nursing. Design memang cantik tapi biasala bila dah berkenan, saiz pula dah habis. Sedih tau...huhuu.



Sebenarnya Kedai Adamhawa ni jual baju t-shirt muslimah dan dah ada kedai dia sendiri seperti alamat di atas. Dan sebenarnya Ida juga salah seorang agen dropship dia jual t-shirt muslimah ni. So sapa nak jadi agen boleh la cari Ida atau owner dia sendiri sebab nanti kita akan masuk dalam group agen dropship dia untuk tahu status stok dan design yang ada.



Kebetulan Ida memang nak cari skirt chiffon dan terjumpa plak vendor ni dalam instagram. Sapa nak cari skirt boleh jenguk sini. Kualiti kain dia memang best dan terbaik. Suka sebab bila pakai je rasa macam princess la plak..heheheh..

Sebenarnya banyak lagi kedai online yang Ida suka terjah. Nanti akan datang, Ida akan kongsikan bersama k...


Post a Comment

0 Comments