KUMPUL DANA BEKALAN AIR MINERAL KEPADA MANGSA BANJIR

Assalammualaikum...

Setelah hampir 2 minggu seluruh Malaysia dilanda hujan tanpa henti setiap hari. Negeri paling teruk adalah negeri Kelantan. Ya Allah tak sanggup Ida tengok video yang diorang share dalam facebook. Di sini Ida bersama-sama beberapa group Shaklee telah menggumpulkan dana untuk mangsa-mangsa banjir. Beberapa hari lepas kami telah berjaya menghantar 10 set water pitcher untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Hanya dalam masa 1 hari sahaja kami berjaya kumpul lebih dari RM3K..



Jadi target seterusnya adalah mengumpul dana bekalan air mineral kepada mangsa banjir. Memandangkan negeri Kelantan amat-amat memerlukan bekalan air bersih.


Sumbangan khas utk belian air mineral kepada mangsa banjir di Pantai Timur yang kritikal.

Air bersih tiada, mereka terpaksa masak makanan bayi dengan air banjir..

Mereka sgt perlukan air bersih saat ini utk minum, masak dan buat makanan bayi..

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun di atas.InsyaAllah kami salurkan dengan penuh amanah..

Malah kami juga mengumpul dana untuk pengagihan bekalan makanan,ubat-ubatan,susu,pampers dan lain -lain ke seluruh negeri yang memerlukan.

Bagi sesiapa ingin memberikan sumbangan dari segi kewangan atau barang boleh hubungi Ida ke 0174636210. Untuk kumpul dana bekalan air mineral kepada mangsa banjir boleh terus bankin ke nombor account di atas.

Terima kasih atas bantuan anda. Kami sangat menghargainya.. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian..

‪#‎wol_1‬
‪#‎shakleeEffect‬ ‪#‎iReach‬ ‪#‎pray4pantaiTimur‬ ‪#‎bantuanBencanaBanjir‬

Post a Comment

0 Comments