DRAMA KOREA BOYS OVER FLOWERS

Assalammualaikum..

Malam ni tiba-tiba Ida teringin satu drama korea Boys Over Flowers. Best sangat citer ni. Actually yang best nye sebab pelakon hero yang kacak2 terutamanya Lee Min Ho..heheheh



Drama yang bercerita mengenai Geum Jan Di (dilakonkan oleh Koo Hye Sun) seorang gadis yang berasal dari keluarga biasa yang mempunyai kedai laundry berdekatan sekolah Shin Hwa, sekolah yang paling kaya di Korea Selatan. Kisah bermula ketika Geum Jan Di akan menghantar laundry milik salah seorang siswa Shinhwa, ternyata laundry itu kepunyaan siswa yang akan bunuh diri sebab stress kerana selalu dibuli oleh anggota F4.


Secara kebetulan Jan Di menolong budak tu. Tindakannya itu segera tak langsung menjadi perhatian public serta menaikkan kemarahan publisiti terhadap Shin Hwa. Untuk menenagkan kemarahan itu, Jan Di ditawarkan biasiswa renang supaya boleh bersekolah di Shinhwa. Pada awalnya, Jan Di menolak tapi akhirnya die terima juga setelah keluarganya memaksa.Kehidupannya pun berubah setelah bertemu para anggota F4.


Anggota F4 terdiri dari pelakon :

  1. Lee Min Ho sebagai Goo Joon Pyo
  2. Kim Hyun Joong sebagai Yoon Ji Hoo
  3. Kim Joon sebagai Song Woo Bin
  4. Kim Bum sebagai So Yi Jung

Juga terdiri daripada pelakon-pelakon lain seperti 
  • Kim So Eun sebagai Chu Ga Eul (Sahabat Jan Di)
  • Park Ji Bin sebagai Geum Kang San (Adik Jan Di)
  • Kim Hyun Joo sebagai Goo Joon Hee (Kakak Jun Pyo)
  • Lee Hye Young sebagai Kang Hee Soo (Ibu Joon Pyo)
  • Ahn Suk Hwan sebagai Geum Il Bong (Ayah Jan Di)
  • Im Ye Jin sebagai Na Gong Joo (Ibu Jan Di)
  • Lee Min Jung sebagai Ha Jae Kyung (tunangan Jun Pyo)
  • Han Chae Young sebagai Min Seo Hyun (ex.pacar Ji Hoo)
Mungkin ramai yang tak tahu, drama boys over the flowers ni sama dengan drama taiwan Meteor Garden. Citer ni famous masa zaman 90-an. Ida sekolah rendah lagi masa tu.


Jalan cerita dia semua lebih kurang sama je. Rasanya ramai yang tak pernah tengok kan.heheheh.

Bagi sapa yang belum tengok lagi drama korea Boys Over Flowers ni sila la tengok, mesti best tak kering gusi jadinya dengan aksi-aksi lucu Jan Di dan Goo Joon Pyo.


Selamat menonton!!

Post a Comment

0 Comments