DIET IBU BERSALIN ALA PERANCIS

Assalammualaikum..

Misi utama ibu bersalin mestilah untuk mendapatkan tubuh badan yang ramping. Boleh dilakukan dengan senaman atau diet. Ini adalah contoh diet ibu bersalin ala perancis.


Tapi diingatkan bahawa ibu-ibu bersalin tidak boleh mengamalkan diet sebarangan kerana takut mengganggu penyusuan susu ibu. 

DIET IBU BERSALIN ALA PERANCIS

Diet Le Forking

Ini merupakan kaedah diet yang diamalkan oleh wanita di negara Perancis yang terkenal memiliki bentuk tubuh badan yang ramping. Kaedah diet mereka cukup unik iaitu hanya menggunakan garfu untuk makan malam, sedangkan makan tengah hari dan sarapan anda bebas untuk makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang minimum.


Anda tetap disarankan makan tiga kali hidangan utama sehari tetapi perlu menjauhi makanan kudapan. Kaedah diet Le Forking memiliki dua tip iaitu diet dengan peringkat tinggi dan peringkat rendah.

Peringkat tinggi memerlukan anda makan makanan yang boleh dimakan menggunakan garfu, tidak boleh makan makanan yang perlu menggunakan sudu atau pisau. Contohnya seperti pasta, kacang soya, bijirin, sayuran, ikan dan kacang panjang.

Peringkat rendah pula membolehkan anda makan menggunakan pisau tetapi menikmatinya dengan garfu. Makanan yang dibenarkan adalah salad, daging putih yang dipotong kecil, makanan laut yang telah dikupas, telur rebus atau omelet.


Antara makanan yang dilarang ketika menjalani diet Le Forking adalah kacang tanah, gajus, almond, makanan bergoreng, sosej, piza, quiche, kerepek, sup, telur separuh masak, avocado, daging, sandwic, burger, stik, makanan manis, yogurt, buah kering, ais krim, jeli, roti, sos, keju dan mentega.
Diet Telur

Diet ini termasuk dalam kategori diet segera yang boleh dilakukan dalam masa seminggu. Biasanya berat badan akan turun antara 4-9 kg dalam masa seminggu. Diet telur merupakan kaedah diet rendah karbohidrat sehingga berat badan seseorang dapat turun dengan cepat dan efektif. Protein yang ada di dalamnya dapat membantu menghadamkan makanan dengan cepat.


Selain protein terdapat banyak vitamin mineral dalam makanan diet ini iaitu vitamin A, D, E, B1, B2, B6, B12, zat besi, kalsium, kalium dan fosfor. Diet ini tidak boleh dilakukan dalam masa dua minggu berturut-turut. Ia hanya boleh dilakukan selang seminggu berikutnya supaya khasiat makanan yang masuk ke dalam badan jadi seimbang.

Contoh menu diet telur iaitu:

1. Sarapan – Dua biji telur rebus, sebiji buah limau dan segelas teh hijau.

2. Makan tengah hari – Sebiji limau, sebiji telur rebus, 150 gram kepingan ayam rebus dengan garam.

3. Makan malam – 200 gram ayam rebus tanpa kulit dengan garam dan segelas yogurt

SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

0 Comments