8 PESANAN UNTUK PARA SUAMI

Assalammualaikum..

Hanya nak kongsikan secebis nota buat para suami. Tidak ada niat sakitkan hati hanya nak mengingatkan sahaja.

8 PESANAN UNTUK PARA SUAMI 

1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

2. Jika marah, boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya).

3. Nadi rumah adalah seorang isteri, jika hati isterimu tidak bahagia, maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada senda tawa, manja, perhatian),maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan kau akan merasa seperti di syurga.

4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan. Dengan begitu, maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

5. 2 orang yang tinggal 1 atap (menikah) tidak perlu sangsi, bertengkar, siapa menang siapa kalah kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu,namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu,saat kamu menemukan masa susah, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya lelaki idaman lain dibelakangmu.

7. Banyak isteri yang baik,tapi diluar sana banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu,maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan, sebab ia akan sukar sekali untuk kembali.

8. Ajarkan anak lelakimu bagaimana menjaga ibunya, sehingga kelak mereka tahu bagaimana memperlakukan isterinya.


RENUGAN DI MALAM HARI...

CHILL!!:)

Post a Comment

0 Comments