6 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENURUT ISLAM

Assalammualaikum..

Kita sememangnya sangat mementingkan kesihatan diri kan. Thatway kita perlu tahu apa yang dititikberatkan dalam penjagaan kesihatan ni. Jom Ida kongsikan 6 tips penjagaan kesihatan menurut Islam.


6 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENURUT ISLAM

1. Mengamal minum secawan air teh “0” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.

2. Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.


3. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap hari. Mujarabnya, insyaAllah boleh menjauhkan diri kita dari penyakit.

4. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


5. Elakkan makan makanan darat bercampur degnan makanan laut seperti makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidak balas biokimia yang terhasil dan boleh merosakkan usus kita.

6. Nabi muhammad S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur . (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Ini sahaja Ida kongsikan hari ni. Moga memebri manfaat.

Post a Comment

0 Comments