JANGAN PERNAH PUTUS ASA!!

Assalammualaikum..

Mungkin tajuak entry ni agak lain dari sebelum ni. Saja je Ida nak share psal jangan pernah putus asa ni. Tadi tengah baring2 sambil tengok anak-anak bermain. Biasa la of couse la rumah ni bersepah, hari-hari mana pernah kemas. Malam diorang dah tidor baru la boleh kemas. Sok pagi bersepah balik. Nama pun budak-budak kan..heheh. Walaupun memang kadang-kadang jadi 'hulk' la jugak. Yelah bila terpijak ke..mesti sakit, mulala nak melenting.



Sambil tengok anak2 bermain, Ida tengok la gelagat si Aqil. Die sekarang dah pandai jalan. Takde la banyak, tapi dah boleh la 3-4 langkah. Kena banyak praktis lagi. Tapi tengok la semangat Aqil yang jalan selangkah demi selangkah. Bila jatuh bangun semula. Membuatkan Ida sedar seketika, tengok pada kesungguhan die. Itu boleh dikaitkan dengan bisnes. Betul tak?



Mungkin ramai yang tak nampak. Dalam bisnes ni bukan boleh anggap camni.. okeh aku dah start sekarang juga aku nak jadi kaya raya. Usaha sikit je tapi nak pulangan yang banyak. Faham tak?

Kita kalau nak berjaya dalam bisnes ni kena berusaha, jangan pernah putus asa. Dah jatuh bangun balik. Bersyukur dengan rezeki walaupun sedikit. Walaupum mungkin dalam 1 bulan tu langsung takde pulangan, takde duit masuk. Jangan down tapi yakin rezeki yang Allah s.w.t beri kepada kita sentiasa ada.



Itu la yang Ida percaya dari dulu, sentiasa percaya rezeki ada. Terus berusaha jangan pernah putus asa. Bila rasa jatuh, rasa down..cepat2 la istighfar. Buang perkara-perkara yang negatif walaupun orang sekeliling kita langsung tak menyokong. Jangan kita dengar suara-suara 'hantu' yang mengherdik kita. Buang..buang semua tu. 

Hanya fikir benda positif SAHAJA! Fikir yang kita dah berjaya dan akan berjaya. Fikir apa yang kita buat selama ni tak sia-sia. Walaupun kejayaan belum dapat tapi fikir kita dah dapat kejayaan itu. Dream about it !!



So Ida harap, bagi orang2 yang berbisnes atau dengan blog ni la medium pendapatan korang. Teruskan usaha, jangan putus asa. Teruskan update hari-hari. Kalau tak sempat nak update blog takpe, cover balik bila ada masa nanti. Tapi yang paling penting Ida nak nasihatkan, berusahala mendekatkan diri dengan-Nya. 

Tips Ida nak kongsikan bagi ingin kejayaan yang berterusan.
- awalkan solat 5 waktu
- sunat dhuha
- sunat tahajud
- istighfar dan zikir
- membaca AL-Quran
- bersedekah

Mungkin ini yang Ida nak kongsikan dgn korang. Kalau siapa yang dapat rasakan ' aura ' yang Ida cakap tadi. 

Tahniah! Anda dah berjaya!!


Jangan pernah putus asa k...!!

Sesiapa yang ingin berjaya dalam bisnes Shaklee ni, boleh sertai Ida sekarang. Ida beri amaran, kalau tak nak berusaha cepat putus asa. Jangan register!! :)



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments