BUAT DUIT DARI RUMAH SAMBIL URUSKAN ANAK

Assalammualaiku,,,

Pada zaman sekarang ni, macam-macam dah terjadi. Lebih-lebih lagi anak-anak yang berada di pusat asuhan atau taska. Takut sangat dengar kematian yang berlaku di pusat asuhan ni. Ya Allah, apa la salah anak-anak syurga ni hingga sanggup lakukan kekerasan terhadap mereka. Alhamdullilah walaupun Ida ada diploma makmal perubatan, tapi bila difikirkan demi anak-anak. Ida sanggup korbankan cita-cita Ida menjadi doktor kepada surirumah sepenuh masa.



walaupun habis 1 rumah disepahkan tapi hati gembira jaga mereka sendiri sambil tangan menaip melayan pertanyaan customer

Mungkin ramai ibu-ibu sekarang yang nak bekerja disebabkan keperluan hidup yang tinggi sekarang ni. Tapi bagi Ida rezeki ada di mana-mana. Selagi kita percaya pada-Nya, insyaallah selagi itu rezeki kita tak kan berhenti. Anak-anak kan salah satu punca rezeki kita?

Dulu Ida sendiri terfikir juga nak kerja untuk langsaikan hutang pinjaman PTPTN ni, bukan skit kalau ambil jurusan perubatan ni. Jadi Ida mulakan sedikit demi sedikit buat duit dari rumah sambil uruskan anak-anak.



time ni Ida baru balik dari hospital selepas bersalinkan Aqil tapi masih kuat uruskan order customer dengan pengambilan Shaklee. Terawal dari due date sedangkan baru semalam customer mesej order barang. Benda tak dijangka kan.

Bertemu la Ida dengan bisnes Shaklee ni pada tahun 2013. Sebelum ni Ida ada buat bisnes dropship baju kurung moden dan t-shirt muslimah dan Ida masih lakukan sampai sekarang. Jemputlah tengok page Baju Kurung Moden Dan Tudung. Tapi Ida lebih konsisten dengan bisnes Shaklee ni sebab apa. Sebab Ida betul-betul dah jatuh cinta dengan kebaikan dan keberkesanan Shaklee ni.

Ida dah lama tahu psal Shaklee ni masa Ida susukan Asyraf dulu, time tu Ida ada masalah kekurangan susu. Ida ambil Shaklee tapi tak konsisten so Ida stop macam itu sahaja. Selepas Ida mengandungkan Aqil tergerak hati Ida nak buat bisnes ni sejak Ida jumpe dengan isteri kepada kawan sekerja suami masa dinner company. Bermula dari situ la, Ida mulakan segala-galanya.



sambil online kelas Shaklee sempat melayan anak-anak yang bermain

Malah keterujaan Ida untuk terus buat duit dari rumah selepas Ida mengambil Set Berpantang Shaklee. Dengan motivasi dan bimbingan semangat dari leader-leader Shaklee Ida membuatkan hati ni terus membuak-buak untuk berjaya. Bersengkang mata mencari ilmu, update blog, dan baca buku. Setiap hari memang tak cukup tidur tambahan anak-anak Ida memang jenis berjaga malam.

Tapi itu semua tak membuatkan Ida berhenti macam itu sahaja. Niat di hati nak membantu orang-orang di luar sana untuk menjaga kesihatan dan buat duit dari rumah yang penting boleh menjaga anak-anak sendiri. Bagi ibu-ibu atau bapa-bapa di luar sana yang ingin lakukan seperti apa yang Ida lakukan sekarang, boleh hubungi Ida. Kita sama-sama belajar, sama-sama berjaya.

JOM BUAT DUIT DARI RUMAH SAMBIL URUSKAN ANAK!!

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210

Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

0 Comments