SENAMAN HILANGKAN KEDUTAN DI MUKA

Assalammualaikum..

Minggu ni je Ida asyik kongsikan tips awet muda je kan utk korang.Yelah sempena promosi Collagen Powder Shaklee bulan ni membuatkan Ida teruja sangat nk kongsi tips utk korang. So entry kali ni kita buat senaman skit utk hilangkan kedutan kat muka korang tu..

SENAMAN HILANGKAN KEDUTAN DI MUKA



1.MENGENCANGKAN KULIT PIPI


Usap pipi antum dengan sedikit tekanan dari bawah ke atas menggunakan kedua tangan hingga sebanyak 10x. Selepas tu, tepu2 bawah pipi antum sebanyak 10x.

2.MENGHILANGKAN KEDUTAN DI BAWAH BIBIR


Gerakannya hampir sama dengan gerakan mengencangkan pipi. Bezanya, ianya dilakukan di bahagian dagu sebanyak 10x.

3. MENGHILANGKAN KEDUTAN DI DAHI


Tarik bahagian bawah dahi ke atas dengan kedua tangan sampai 10x. Setelah itu, arahkan tangan ke samping dahi agar otot-otot dahi dapat tertarik.


4. MENCEGAH KEDUTAN DI SUDUT MATA


Usap dengan sedikit tekanan dengan kedua tangan di mata kiri dan kanan dari arah depan pelipis mata ke samping sebanyak 10x.

5. MENGENCANGKAN BIBIR


Usap dengan tekanan di bahagian kulit di atas bibir dari arah dalam keluar sebanyak 10x. agar otot bibir tetap kencang dan lentur, lakukan beberapa gerakan di bawah ini:

  • Gerakan bibir seperti mencium
  • Gerakan menyedut sampai pipi mengerut
  • Gerakan seperti mencium tapi pipi dikembungkan agar otot di leher tertarik dan kedutan di leher hilang.
  • Tarik bibir ke atas atau senyum. Perbanyakkanlah senyum kerana menurut para ahli kecantikan, tersenyum dapat membuat 100 otot di wajah bergerak
OK, JOM BUAT SENAMAN MUKA !!

Post a Comment

0 Comments