KEPERLUAN UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN

Assalammuaaikum..

Bagi ibu-ibu mesti nak berikan khasiat terbaik untuk anak-anak mereka. Semua orang tahu SUSU IBU adalah SUSU TERBAIK bagi anak-anak. Dengan ekonomi dan keperluan hidup yang tinggi sekarang ni. Cara terbaik adalah dengan membuat simpanan susu lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang ingin menjayakan susu ibu.

Ida juga saah seorang ibu yang sangat mengalakkan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Entry sebelum ni, Ida ada ceritakan pengalaman Ida menyusukan Asyraf sehingga 2 tahun dan sekarang giliran Aqil plak. Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu, kita perlukan sokongan bukan sahaja daripada orang sekeliling tetapi juga produk kelengkapan penyusuan susu ibu. Lebih-lebih lagi jika seorang ibu yang berkerjaya.

Bagi ibu hamil dan berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si anak, di sini Ida membuat senarai untuk menjayakan penyusuan susu ibu.





SENARAI KEPERLUAN PENYUSUAN

Pam payu dara

Terdapat banyak pilihan pam payu dara di pasaran, oleh itu ibu berkerjaya digalakkan untuk mendapatkan pam yang boleh melakukan operasi pengepamana secara berganda. Ini bagi membolehkan anda menjimatkan masa yang terhad di tempat kerja.

Bekas penyimpanan susu ibu

Tidak kira sama ada anda mahu memilih botol atau pun plastik penyimpanan susu ibu, pastikan ia bebas BPA. Dapatkan bekas yang mencukupi agar mampu menyimpan susu ibu perahan yang bakal dikumpul ketika di tempat kerja.

Beg pendingin

Saiz beg pilihan perlulah mampu membuatkan bekalan susu ibu perahan yang bakal dibawa pulang. Paling penting, ia mempunyai bahan penebat dingin agar dapat mengekalkan kualiti susu ibu perahan.

Beg menyusu
Beg yang praktikal perlu bagi membolehkan anda memuatkan semua kelengkapan penyusuan, malah muda dibawa ke tempat kerja.

Coli menyusu

Sekurang-kurangnya lima helai coli diperlukan sebagai permulaan. Selain coli biasa yang tidak mempunyai dawai, anda juga memerlukan sleep bra untuk kegunaan di rumah ketika tidur pada waktu malam.

Pelapik coli

Tidak kira sama ada pelapik coli boleh basuh atau boleh buang, ia diperlukan untuk menyerap lelehan susu ibu tanpa meninggalkan sebarang kesan tompokan pada baju yang dipakai.

Baju menyusu

Baju selesa yang mempunyai bukaan khas diperlukan agar memudahkan anda menyelak bukaan berkenaan ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah payu dara. Tidak kira apa jua reka bentuknya, paling penting utamakan baju yang dapat memberi keselesaan.


Di sini Ida juga sertakan TIPS BANYAKKAN SUSU

Jika anda ada masalah dalam penyusuan, boleh hubungi ida untuk supplement yang boleh membantu masalah penyusuan anda.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya :

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments