CARA RAPATKAN DIRI DENGAN ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Bila cakap hubungan dengan anak-anak memang kita sebagai ibu bapa nak anak2 anggap kita sebagai kawan yang dapat meluahkan perasaan, berkongsi kisah dan saling sayang-menyayangi. Menjadi ibu bapa bukan semudah ABC. Semakin membesar anak, semakin banyak cabarannya. Hubungan yang erat dengan anak membantu kita lebih memahami karektor mereka. Ia sangat penting untuk membantu tumbesaran yang positif.

Kadang-kadang kita kurang bersama anak-anak lebih2 lagi semasa mereka sedang bermain. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang bekerja. Masa hujung minggu la masa yang sesuai. Ida sendiri walaupun surirumah sepenuh masa. Kadang-kadang bila badan rasa penat, nak tumpukan kerja tak juga main bersama-sama. Asyraf selalu ajak Ida main sama-sama dengan die. Ida tangguhkan kejap keje, main sekejap dengan die pun dah ok..sekurang2nya luang masa semasa 10 minit.



Ini beberapa faktor yang mungkin dapat ubah jadual kita agar lebih rapat dengan anak-anak. Artikel ini Ida amik dari majalah PAMA.

CARA RAPATKAN DIRI DENGAN ANAK-ANAK


Bertukar menjadi lebih keanak-anakan

Bagi kanak-kanak, dunia interaksi dan sosialisasi akan terasa kaku dan membosankan jika tidak ada alat permainan atau apa-apa yang boleh dijadikan permainan. Oleh itu jika hendak masuk ke dunia mereka, kita harus bersifat keanak-anakan dan cuba bermain bersama mereka.

Bersedia untuk keluar dari zon anda

Menjadi kawan kepada anak-anak bermakna anda harus membawa mereka berjalan ke tempat yang mereka suka seperti taman permainan, taman rekreasi dan sebagainya. Jangan cepat berasa bosan dengan suasana tempat tersebut jika anda ingin benar-benar ‘berkawan’ dengan anak.

Menjadi lebih sabar

Untuk mencuri hati dan perhatian daripada anak anda, tentu sahaja memerlukan masa yang panjang. Untuk menjadi kawan kepada anak, ibu ayah perlu mengikut proses yang membolehkan anda bermain bersama mereka dan melakukan perkara yang mereka suka.

Melihat dunia dari mata seorang anak kecil
Sudut pandang kanak-kanak memang berbeza dengan kita orang dewasa. Mereka mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Jika benar ingin sentiasa dekat dengan anak anda, cuba lihat persekitaran anda melalui cara pandang dan persepsi mereka. Mungkin sesekali anda perlu ‘berpura-pura’ boleh melihat dunia yang dilihat oleh anak anda.

Sebenarnya untuk membina ikatan ‘kawan’ dengan anak-anak memerlukan satu proses yang tidak mudah. Tetapi apabila anda sudah berjaya mendapat ‘kepercayaan’ anak, anda pasti berasa lega dan bahagia kerana anak akan menjadikan ibu dan ayah sebagai kawan baiknya dalam semua hal.

Post a Comment

0 Comments