BERHARI RAYA DI KEMAMAN TERENGGANU

Assalammualaikum..

Sekarang ni masih di mood raya. Puasa sebulan  so raya sebulan la kan..hehhehe.Entry sebelum Ida ada ceritakan baju raya yang Ida beli secara online. Ramai rupaya yang berminat baca dan ingin tahu Ida shopping kat mana. Ida beli online je, xde masa nak pergi cari dekat kedai2. Tambah ada anak kecik, cian plak nanti kalau bersesak2..

Entry kali ni, Ida nak share gambar2 Ida sepenjang hari raya tahun 2014 ni. Macam biasa memang setiap tahun Ida akan beraya di Kemaman, kampung suami. Kampung Ida dekat Kedah, kalau balik pun selepas raya. Yelah nak balik Kedah bukan 2,3 jam perjalanan. Sehari perjalanan nak balik sana.

Okeh sepatutnya tiap2 tahun kitorang ada warna tema tapi tahun ni takde tema, ramdom je. Sebab masing2 takde idea nak amik warna pe..( padahal banyak warna yang ade.hehehhe ). Adik bradik sebelah suami ade 9 orang, suami anak kedua. So dah 3 orang berkahwin, yang lain masih belajar kolej dan sekolah rendah, sorang lagi dah berkerja. 


tengok semua tak sama kan?

Gambar ni pada hari raya pertama, kitorang semua pergi ke rumah kakak mak mertua sebab die buat makan2 kat sana. Selalunya kitorg akan tangkap gambar di rumah mak mertua. Tiap2 tahun ade penambahan dalam keluarga kami. Tahun ni dapat adik ipar baru dan kakak ipar tengah mengandung tu. So tahun depan akan ada penambahan ahli, alhamdulliah. Ida? hehehe..tgu lagi 2 tahun ye..


Asyraf dengan daddy pakai baju jubah tahun ni


Ni la jadi bila mummy ngan daddy berselfie



melayan anak-anak



Aqil dan daddy berselfie ( sila lah geram dgn si kecik tu..hehehhe )


Bila Ida berselfie dengan adik2 ipar kat dapur, belakang tu kakak mak mertua Ida

Okeh ni je antara Ida nak share, ikutkan banyak lagi gambar2, penat nak tgu download..heheh. Masih berkesempatan lagi ni, Ida ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Post a Comment

0 Comments