MASALAH TALI PUSAT LILIT JANIN

Assalammualaikum..

Mungkin ada pernah dgr psal tajuk entry Ida kali ni..Ida pernah trbaca dalam satu blog, si ibu mengandungkan sehingga 9 bulan tapi akhirnya redha anak yang dikandungnya meninggal disebabkan tali pusat tersimpul. Begitu perit ibu tu, bersalin normal tapi anak yang sudah mati dalam kandungan..Sedih sangat Ida baca cerita beliau..tak dapat bayangkan perasaaan beliau. Anak tu menanti anda di syurga..amin

FAKTA TALI PUSAT DAN SELINDUK
  • Tali pusat umumnya memiliki panjang lebih kurang 60sm. Tapi ada juga yang hanya memiliki tali pusat sepanjang 125sm.
  • Tali pusat mengandungi 3 pembuluh darah iaitu 2 pembuluh darah arteri dan 1 pembuluh darah vena.
  • Tali pusat merupakan sumber sel induk. Di sinilah asal sel darah dalam sistem pertahanan tubuh. Sel induk ini dikatakan sangat penting utk kehidupan  ( dpt menyembuhkan penyakit yg disebabkan sel tidak dpt berfungi dgn baik seperti kanser. Keadaan ini mneyebabkan ramai yg menyimpan sel induk dlm bank darah tali pusat )

Mengapa tali pusat boleh melilit bayi?

Pada usia kehamilan sebelum 8 bulan,umunya bayi belum memasuki bahagian pinggul.Masa itu ukuran bayi biasa masik kecil dan jumlah air ketuban banyak sehingga berkemungkinan bayi terlilit tali pusat. Bagi kehamilan kembar pula, air ketuban lebih banyak dan kemungkinan bayi terlilit tali pusat lebih besar. Malah tali pusat yang panjang juga boleh melilit bayi. Panjang tali pusat bayi rata-rata 50 sampai 60 cm. Namun tiap bayi mempunyai panjang tali pusat berbeza-beza. Dikatakan panjang jika melebihi 100 cm dan dikatakan pendek jika panjangnya kurang dari 30 cm.

Tanda-Tanda Bayi Terlilit Tali Pusat

Menurut Dr. Nining Haniyanti, SpOG, ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi terlilit tali pusat iaitu :


• Pada bayi dengan usia kehamilan lebih dari 34 minggu, namun bahagian terendah janin (kepala ) belum memasuki pintu atas pinggul berkemungkinan adanya lilitan tali pusat.

• Pada janin letak songsang atau lintang yang menetap meskipun telah dilakukan usaha untuk memutar janin (Versi luar/knee chest position) malah berkemungkinan.

• Dalam kehamilan dengan pemeriksaan USG khususnya color doppler dan USG 3 dimensi dapat dipastikan adanya lilitan tali pusat.

• Dalam proses persalinan pada bayi dengan lilitan tali pusat yang erat, umumnya dapat dijumpai dengan tanda penurunan detik jantung janin di bawah normal, terutama pada saat kontraksi rahim.

Dengan bantuan alat CTG (kardiotokografi) yang sering digunakan untuk memonitoring janin dalam persalinan, menunjukkan gambaran penurunan detak jantung janin yang terjadi bersamaan dengan timbulnya kontraksi rahim.

Bagaimana cara mengatasinya?

Jika bayi terlilit tali pusat, maka harus segera diambil keputusan yang tepat untuk melanjutkan proses persalinan iaitu dengan memberikan oksigen pada ibu dalam posisi mengiring. Namun, bila persalinan masih belum tiba dan detik jantung janin semakin lambat (bradikardia), persalinan harus segera diakhiri dengan tindakan operation Ceasar

Sebenarnya bantuan USG menurut Dr.Nining, hanya dapat melihat adanya gambaran tali pusat di sekitar leher. Namun, tidak dapat dipastikan sepenuhnya bahawa tali pusat tersebut melilit leher janin atau tidak. Apatah lagi untuk menilai erat atau tidaknya lilitan. “Dapat saja tali pusat tersebut hanya berjalan di samping leher bayi. Namun, dengan USG berwarna (collor dopper) atau USG 3 dimensi, kita dapat lebih memastikan tali pusat tersebut melilit atau tidak di leher janin, serta menilai erat tidaknya lilitan tersebut,” tegasnya.

Post a Comment

0 Comments