PENYAKIT ROTAVIRUS:JANGAN AMBIL MUDAH

PENYAKIT ini meragut nyawa kanak-kanak tidak lama dulu. Simptom awal yang dialami seperti muntah, cirit-birit, demam dan dehidrasi yang dianggap gejala ringan oleh kebanyakan ibu bapa.

Akibat menganggap gejala berkenaan ‘biasa’, ada ibu bapa kurang peka terhadap kesihatan anak mereka. Justeru, GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) dan MumCentre melancarkan kempen Fight Against Rotavirus iaitu kempen mendidik ibu bapa mengenai jangkitan Rotavirus dan kepentingan melindungi bayi mereka. 


Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan, Perunding Kanan Gastroenterologis dan Hepatologis Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr Lee Way Seah, berkata Rotavirus Gastroenteritis adalah penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak berusia bawah lima tahun serta mengakibatkan setengah juta kematian setiap tahun.

INFO

  • Rotavirus ditemui buat kali pertama pada 1973 di Australia 
  • Ia boleh tersebar menerusi air 
  • Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan boleh bertahan beberapa hari di atas permukaan keras 
  • Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia hingga seminggu 
Simptom terkena jangkitan Rotavirus
  • Muntah, cirit-birit dan demam berpanjangan. 
  • Tekanan darah dalam badan menurun. 
Langkah elak Rotavirus
  • Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan. 
  • Jerang air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum. 
  • Elakkan berkongsi makanan dengan penghidap Rotavirus. 
  • Orang ramai disaran menjerang air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan.

Post a Comment

0 Comments