MENU IBU BERPANTANG

Assalammualaikum...

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka; telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah.

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.

Okeh, di sini Ida just nak share resepi2 utk ibu berpantang...Ida ni jarang nak masak pedas2 sbb Asyraf tak suka makan pedas,,nampak merah je dah xnk..so Ida selalunya buat sup je..masa berpantang, Ida just buat sup lobak putih or sup ayam je..

SUP LOBAK PUTIH
Bahan2
1 batang lobak putih ~ kopek kulit & potong ikut suka & cuci
400 gm bebola ayam (aku guna yg bersayur)
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 hiris halia*
(tumbuk lumat bahan2 bertanda*)
5 cawan air
1 kiub ayam ( suka gune knorr )
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup & daun bawang dihiris utk hiasa (optional)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta kiub ayam. Bila mendidih masukkan bebola ayam.
2. Bila bebola ayam dah agak masak.. masukkan lobak putih dan garam secukup rasa.
3. Kacau2 kejap bolehlah ditutupkan api.
4. Masa menghidang.. taburkan dengan daun sup & daun bawang.

AYAM MASAK KERING

Bahan-bahan:

200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

air asam jawa
lada hitam
halia

Cara menyediakan:

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.

DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:

200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.

Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.


AYAM LADA HITAM

Bahan-bahan:

3 ketul ayam
1 labu bawag putih..hiris halus
2 inci halia-hiris halus
3 sudu lada hitam tumbuk
minyak untuk tumis

Cara menyediakan:

Tumis semua bahan kecuali ayam, bila naik bau masukkan ayam dan sedikit air...bagi ayam empuk..rasa garam dan gula...siap dihidang makan dengan nasi panas

IKAN HARUAN LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus:
4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara menyediakan:

a)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
b)Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
c)Masak sehingga pekat. Hidangkan.

Post a Comment

0 Comments