HERNIA PADA BAYI : PENTING TUAM ALAT KELAMIN

4:01:00 PM

Assalammualaikum..

Alhamdullilah, kedua2 anak Ida takde masalah hernia ni. Selepas dilahirkan Ida memang akan tuam alat kelamin selepas mandi. Asyraf rajin tuam, tapi time Aqil jarang sebab kelam kabut skit..heheh..tp alhamdullillah Aqil xde masalah angin pasang.



Okeh, ini Ida kongsikan dari Majalah Mingguan Wanita



Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.

Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.

Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba. 


Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)