TIPS MENGURANGKAN RASA LETIH DI BULAN PUASA

ATASI MASALAH KELETIHAN 
DI BULAN RAMADHAN

Keletihan yang diakibatkan oleh kesibukan kerja sehari-hari memang sangat mengganggu konsentrasi dan prestasi kerja. Sehingga kadangkala terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah. Makanan dan vitamin yang sesuai adalah petua bagi mengatasi masalah ini. Masalah keletihan, penat dan kurang bertenaga ini boleh menjadi kronik dan meningkatkan risiko serangan penyakit.

Terdapat banyak cara untuk melenyapkan rasa penat atau letih dengan cara yang baik. Misalnya melalui makanan dan vitamin yang bagi menambah tenaga.

4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih:


1) Oatmeal.


Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes, Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.

Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2) Yogurt.

Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.

Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3) Bayam.
Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.

4) Kekacang dan biji-bijian.

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

PETUA KURANGKAN RASA LETIH


Elakkan daripada tinggalkan sahur. Sabda Rasulullah saw, “Sahurlah kamu, kerana sahur itu terdapat berkat yang besar”. Pilih makanan yang berserat dan berprotein yang tinggi kerana sel-sel tubuh kita memerlukan gizi yang secukupnya untuk kekal bertenaga di waktu siang.

Jangan menangguh waktu berbuka. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat yang sederhana supaya dapat memberikan semula tenaga pada badan. Supplement B Complex perlu diamalkan bagi menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.

Atur menu makanan. Utamakan 5 unsur gizi yang lengkap iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Ambil makanan yang tinggi serat yang lazimnya terdapat pada sayur dan buah.

Hindari minuman sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka kerana perut akan menjadi kembung akibat keadaan berasid di dalam perut yang 'terkejut' setelah seharian perut kosong. Sebaliknya biasakan berbuka dengan minuman suam dan air yang rendah kandungan gulanya. Berbukalah dengan kurma yang manis rasanya bagi menggantikan minuman manis.

Makan secara bertahap. Jangan terus makan sehingga kenyang ketika berbuka atau terus makan dalam hidangan yang besar kerana seharian perut kita kosong dan organ pencernaan berada dalam keadaan rehat.

Lakukan senaman ringan. Bersenam mampu melancarkan peredaran darah. Solat terawih adalah senaman yang bagus kerana gerakan rukuk dan sujud itu sendiri boleh membakar kalori.

Banyak minum air antara waktu selepas berbuka sehingga sahur. Minumlah sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air di antara waktu berbuka sehingga bersahur bagi menggantikan kehilangan air ketika berpuasa di siang hari.

Jangan terus tidur setelah bersahur.
Tubuh badan kita memerlukan waktu untuk mencerna makanan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, elakkan daripada terus tidur selepas bersahur bagi memberi laluan kepada proses ini untuk berlaku.

Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga.

Bila anda sihat, orang yang sayang disekeliling anda juga bahagia! Bagi yang sudah berumahtangga, pasti suami anda akan terkejut kerana anda kekal bertenaga sepanjang hari! Semakin hari para suami semakin sayang!

Post a Comment

0 Comments