SISTEM PENGHADAMAN YANG SIHAT

CARA MENJAGA SISTEM PENGHADAMAN AGAR SIHAT DENGAN SET DIGESTIVE HEALTH SHAKLEE

Cara pemakanan dan sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat.Sistem penghadaman yang bermasalah akan memberi kesan terhadap badan serta mengehadkan penyerapan zat dan vitamin oleh tubuh.

Punca utama kepada penghadaman yang tidak berkesan ialah cara kunyahan yang kurang sempurna atau makan terlalu laju, mengakibatkan makanan tidak dikunyah lumat dan tidak dapat dihadam oleh badan dengan sempurna.

Sembelit, mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung
adalah masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan :

  • Penambahan berat badan
  • Masalah gastrik
  • Perut buncit
  • Kanser usus
  • Masalah penghadaman 
  • Sistem imun yang lemah
Set Shaklee Digestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.



PEPPERMINT GINGER PLUS

Nyaman dan Melegakan
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

HERB-LAX

Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*

Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

ALFALFA COMPLEX

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

ESP- SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar
kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments