HORMON TIDAK SEIMBANG

10 CIRI HORMON TAK SEIMBANG BAGI WANITA

Salah satu masalah wanita adalah ketidakstabilan hormon yang membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Wanita biasanya memerlukan empat hormon penting bagi kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Pergerakan dan keseimbangan keempat-empat jenis hormon ini membuatkan seseorang wanita datang haid. Jadi di atas sebab-sebab tertentu, hormon wanita menjadi tidak stabil menyebabkan pengeluaran telur menjadi kurang.

Ketidakseimbangan hormon adalah masalah yang sangat umum. Hal ini terjadi kerana gaya hidup dan pola makan yang kurang sihat. Walaupun kelihatan mudah, hormon yang tidak seimbang boleh mengganggu kesihatan anda. Dan dalam jangka panjang, wanita yang kekurangan hormon boleh menyebabkan kemandulan.

Berikut ciri-ciri hormon yang tidak seimbang pada wanita:


1.Hot flashes
Hot flashes adalah gejala menopause yang bertanda dengan rasa panas di tubuh selama dua hingga 30 minit. Wajah menjadi merah dan panas jika disentuh. Hal tersebut diakibatkan perubahan hormon, sehingga pembuluh darah melebar serta denyut jantung meningkat

2.Berat badan naik mendadak
Jika anda tidak makan banyak dan bersenam secara teratur, namun berat badan anda bertambah, hal itu boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

3.Haid tidak teratur
Kitaran haid bergantung kepada perubahan bulanan dalam hormon wanita. Jadi, jika ada perubahan hormon dalam tubuh, maka haid anda akan menjadi tidak menentu. Anda mungkin terlambat haid atau bahkan mengalami pendarahan berat akibat hiperaktif hormon.

4.Berpeluh
Hormon berperanan untuk membuat anda merasa sangat panas. Ketika hormon mulai berubah, anda akan berpeluh lebih banyak dan merasa lelah.

5.Mudah marah
Saat hormon mulai tidak seimbang, anda boleh menjadi mudah marah dan kemurungan.

6.Libido seksual rendah
Hormon yang tidak seimbang jelas mempengaruhi libido anda. Tahap ghairah seksual anda menurun tidak seperti biasanya, boleh jadi hormon anda sedang terganggu

7.Kemandulan
Jika anda cuba untuk hamil selama beberapa waktu namun belum berjaya, maka anda perlu menyiasat apakah anda mempunyai masalah ketidakseimbangan hormon.

8.Rambut gugur
Salah satu terjadinya pertumbuhan rambut disebabkan oleh hormon. Jika anda mempunyai kadar hormon yang tinggi, pertumbuhan rambut anda akan cepat dan tebal. Tetapi selama hormon tidak seimbang, anda mungkin kehilangan banyak rambut.

9.Kekeringan faraj Biasanya permukaan faraj anda tetap basah dan terlebih pada masa subur anda. Tetapi jika anda tiba-tiba menyedari bahawa faraj kering dan gatal, boleh jadi kerana pengaruh rendahnya tahap hormon.

10.Pelupa
Ketika mengalami gangguan hormon, memori aktif di otak anda akan gagal. Karenanya anda menjadi pelupa

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments