CARA PENGAMBILAN PRODUK SHAKLEE


Bagaimana cara makan dan bilakah masa sesuai makan vitamin Shaklee? Oleh kerana vitamin Shaklee kini menjadi satu fenomena yang luar biasa di Malaysia, maka peningkatan jumlah pengedar-pengedar Shaklee juga meningkat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pengedar Shaklee yang benar-benar komited, tidak akan membiarkan para pelanggannya dibiarkan tanpa dibekalkan informasi secukupnya khususnya bab jadual, cara makan dan masa yang sesuai untuk makan vitamin Shaklee

Jadual Dan Cara Makan Vitamin Shaklee

Umumnya, di label yang ditampalkan pada botol setiap vitamin Shaklee telah diberitahu berapakah dos yang perlu diambil dalam masa sehari kepada semua. Tetapi sebenarnya kita juga perlu tahu apakah cara makan dan jadual yang tepat supaya kita akan mendapat hasil yang optimum? Di sinilah terletaknya jurang perbezaan yang ketara antara pengedar Shaklee yang memang pakar, ikhlas dan komited untuk memberikan perkhidmatan yang premium kepada para pelanggan dibandingkan dengan pengedar Shaklee yang mementingkan keuntungan dan jual vitamin shaklee pun hanya sekadar menjual tanpa konsultasi yang lengkap dibekalkan kepada pengguna. Maka, terjadilah situasi yang biasa dewasa ini, apabila saya dan rakan-rakan pengedar sentiasa dihujani dengan panggilan telefon para pelanggan yang susah hati dan rasa marah kerana selepas membayar harga vitamin Shaklee, penjual Shaklee picisan tersebut hilang begitu sahaja tanpa sebarang konsultasi cara makan dan jadual makan yang betul. Pilihlah betul-betul lain kali ye.



Jadual Umum Dan Cara Makan Vitamin Shaklee Bagi Penyerapan Optimum

  • Kalsium bagus diambil selepas makan. Tetapi, tidak menjadi masalah sekiranya ingin diambil sebelum tidur seperti kita minum susu sebelum tidur.

  • Magnesium seelok-eloknya diambil pada waktu sebelum tidur
  • Pengambilan Zink bersama-sama makanan akan mengelakkan rasa loya dan ingin muntah.
  • B Complex diserap secara optimum pada waktu selepas sarapan pagi dan memberi tenaga sepanjang hari.
  • Ambillah Vitamin C pada waktu selepas sarapan pagi bagi mengelakkan sakit perut kerana kandungan asid askorbiknya boleh menyebabkan perut anda memulas-mulas.
Sila ambil perhatian. Elakkan telan bersama-sama:
  1. Ostematrix/ESP dan Vitalea
  2. Alfalfa dan Vita E
Masa sesuai makan vitamin

1. Sebaik-baiknya pengambilan vitamin dilakukan selepas makan supaya kadar penyerapan vitamin lebih baik dan optimum jika diambil bersama-sama dengan makanan.

2. Produk vitamin sustained released sangat “highly recommended” atau disyorkan untuk diambil sekali atau bersama dengan makanan supaya fungsi sustained released dapat dioptimumkan dengan nutrien yang dilepaskan secara perlahan dan berperingkat-peringkat.

3. Bagi memastikan penyerapan pada kadar yang paling optimum, ambillah vitamin dan mineral bersama-sama.


SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
SMS/WHATSAPP: 0174636210
EMAIL: Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

1 Comments

  1. Sentiasa hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh melalui akaun maybank yang tercatat di bawah:

    Nama fakir miskin: Adila Bin Suboh
    No. Akaun Maybank: 151089317354

    Terima kasih.

    ReplyDelete