5 LANGKAH MUDAH CARA PENJAGAAN BRACES

Penjagaan braces amat penting bagi memastikan kesihatan dan kekemasan gigi berterusan terutama selepas tamat tempoh rawatan. 

Berikut ialah 5 langkah mudah dalam menjaga gigi anda apabila memakai braces.

1. Menjaga Kebersihan Gigi dan Gusi
Pesakit haruslah menjaga kebersihan gigi dengan memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal. Kemudian gunakan berus berbulu untuk membersihkan makanan yang terperangkap antara besi dan kurungan pendakap gigi.

2. Penggunaan Floss
Pesakit harus meletakkan di floss di bawah wayar dan tarik flosmelalui dengan tangan yang lain dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan apa-apa makanan yang mungkin terperangkap diantara gigi dan gusi . Ulang proses berikut dengan perlahan-lahan.

3. Urutan Gusi
Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan baik akan menjadikan gigi bebas-bakteria manakala proses rawatan juga akan berjalan dengan lebih lancar.

4. Penggunaan Lilin
Gunakan lilin (yang disediakan pihak pergigian) untuk mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi. Gunakan sedikit lilin dan tutup pada bahagian braket yang menyebabkan kesakitan.

5. Sentiasa Memeriksa Tahap Kebersihan Gigi
Pesakit perlu menggunakan cermin untuk memeriksa tahap kebersihan gigi dan gusi mereka adalah memuaskan.

Amalkan penjagaan gigi dan gusi secara berterusan untuk kesihatan anda, dan paling penting senyuman yang menawan.

Post a Comment

0 Comments