PETUA MENGHILANGKAN DEMAM KUNING

APA ITU JAUNDIS/DEMAM KUNING?

Kebanyakkan ibu yang baru melahirkan anak pasti risau apabila bayi mereka mengalami demam kuning atau jaundis. Lebih-lebih lagi jika terpaksa berulang-alik ke hospital atau klinik untuk menjalani ujian darah ke atas bayi. Apa yang lebih teruk lagi apabila si ibu dan bayi terpaksa ditahan di hospital kerana harus menjalani rawatan fototerapi.

Kebiasaannya, masalah demam kuning yang tinggi selalu terjadi pada anak pertama. Punca utama adalah kurang penyusuan ibu tetapi ada juga punca lain, contohnya kena jangkitan kuman, bayi pra-matang, darah ibu dan bayi yang tidak sama, masalah G6PD dan macam-macam lagi. Apa yang paling penting sekali, jangan berikan bayi minum air lain selain susu ibu kerana susu ibu banyak khasiatnya



Apakah penyebab warna kuning?

Dalam tubuh manusia, darah yang baru sedang dihasilkan sepanjang waktu dan darah yang lama sedang dimusnahkan. Salah satu produk darah yang dimusnahkan dikenal sebagai bilirubin. Biasanya bilirubin masuk ke hati dan kemudian meninggalkan tubuh dalam bentuk tinja. Selama beberapa hari pertama setelah lahir, hati bayi tidak berfungsi dengan sama baik dibandingkan waktu kelak, jadi cenderung terjadi longgokan bilirubin dalam darah. Ini mengakibatkan warna kuning pada kulit dan putih mata.

Apakah penyakit kuning berbahaya?

Jika jumlah bilirubin meningkat terlalu tinggi bayi mungkin mengantuk. Tingkat bilirubin yang sangat tinggi dapat mengakibatkan masalah pendengaran dan kerosakan otak. Di rumah sakit, diperhatikan agar tingkat bilirubin tidak terlalu tinggi. Penyakit kuning juga mungkin disebabkan oleh penyakit hati. Oleh karena ini, penting agar Anda menghubungi dokter setempat. Salah satu tanda penyakit hati adalah warna tinja bayi yang pucat dan bukannya kuning tua.

YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

a)Menjemur bayi pada sebelah pagi di bawah matahari yang tidak terlalu panas. 

b)Tutup mata bayi dengan kain supaya tidak terkena silau.

c)Beri bayi lebih air masak atau air zam zam(seelok2nya) supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

d)Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.

e)Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.

f)Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.

g)Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.

h)Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.

i)Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

j)Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

k)Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.



UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
Walau apa pun cara atau petua untuk hilang demam kuning ini, susu ibu adalah yang terbaik. Si ibu dinasihatkan supaya tidak risau dan tertekan kerana ini akan menyebabkan pengeluaran susu ibu merosot. Kejutkan bayi anda selalu supaya dapat menyusukan dengan lebih kerap.


Post a Comment

0 Comments