KELEBIHAN MINUM AIR PUTIH/MASAK

KELEBIHAN MINUM AIR PUTIH KETIKA PERUT KOSONG

Salam semua.
Apa yang baik untuk tumbesaran badan adalah penting untuk kehidupan yang lebih produktif.

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.




Bangun sahaja daripada tidur pastikan minum segelas air. Biarpun sebelum membersihkan mulut. Khusus untuk kesihatan. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air untuk perkembangan otot yg sihat supaya mampu membakar lebih banyak lemak (otot mengandungi 75% air) kerana org lebih berat kebanyakan mereka kekurangan air di sebabkan lebih banyak peratus lemak mengambil alih kawasan badan. Air juga membantu menyingkirkan toksik daripada terus mendap d dalam tubuh dan mampu menggalakkan penyakit yg bersangkut paut dengan obesiti seperti sakit jantung, darah tinggi, gout, kencing manis dan strok. Rakyat Malaysia kebanyakannya malas minum air dan bersenam menyebabkan berlakunya mendapan asid yg tinggi. Dengan minum air banyak, kita dapat menyingkirkan toksik bagi membantu proses penurunan berat badan dilakukan dgn lebih lancar.

CARA MENGENALPASTI KUANTITI AIR DALAM BADAN
Sekiranya warna urin anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urin yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air.



Post a Comment

0 Comments