KEHAMILAN YANG SIHAT

12:14:00 AM

IBU SIHAT ANAK CERGAS

Selain menjalani rutin antenatal, ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang ibu makan menyalurkan khasiat kepada anak dalam kandungan.

Justeru amalan pemakanan seimbang dan berkhasiat dapat mengelakkan ibu daripada menghidap penyakit seperti diabetes atau pun darah tinggi. Panduan berikut membantu ibu merancang jadual pemakanan sihat sepanjang hamil.

Amalan pemakanan penting untuk tumbesaran yang diperlukan oleh bayi, mengekalkan kesihatan anda dan persiapan untuk menyusukan bayi.

Kumpulan makanan yang penting untuk ibu hamil ialah karbohidrat (beras perang, roti penuh gandum), protein (telur, daging dan ikan) dan lemak (minyak zaitun dan minyak bunga matahari)



Hadkan pengambilan makanan segera
 yang mengandungi lebih banyak garam, lemak dan gula serta ia tidak mengandungi nutrien yang lengkap untuk ibu dan bayi. Kandungan lemak dan gula mungkin terus melekat sebagai lemak semasa hamil yang sukar untuk disingkirkan selepas kelahiran bayi.

Lakukan diet yang sihat sepanjang kehamilan kerana pembentukan bayi berkait rapat dengan pemakanan. Antara risiko yang bakal dihadapi jika tidak mengambil berat soal pemakanan ialah meninggal dunia semasa lahir, bayi pra-matang atau berat yang rendah, kerosakan otak bayi dan kecerdasan yang rendah. Istilah makan untuk dua orang tidak benar. Ibu hamil tidak mestinya makan banyak kerana kalori tambahan yang diperlukan sebanyak 300 kalori berbanding pemakanan orang biasa. Utamakan kualiti bukannya kuantiti.

Selera makan ibu hamil memang hebat! Oleh sebab itu ada berat badan bakal ibu naik mendadak, ada juga ibu hamil yang bertuah hanya mengalami pembesaran di perut sahaja. Peningkatan berat badan memang menunjukkan petanda kehamilan yang sihat. Bagaimanapun berat badan yang disarankan ialah sepanjang hamil antara 10 hingga 20 kg daripada berat badan normal sebelum hamil. Pilih snek kudapan yang berkhasiat seperti biskut atau buah-buahan di antara waktu makan utama jika terasa lapar.

Jika anda tidak mempunyai masalah ‘morning sickness’ atau perlu ‘bed rest’ kerana masalah pendarahan, berhati-hatilah kerana berat badan anda mudah meningkat kerana ketika ini selera makan bertambah.

Makanan yang perlu dielak oleh wanita hamil ialah makanan mentah seperti tiram atau sushi yang tidak dimasak, susu tidak berpastur atau keju lembut seperti brie atau camembert. Termasuk juga makanan separuh masak seperti daging, ayam dan telur. Kesemua makanan tersebut menyumbang kepada sumber bakteria yang boleh memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan.

Ibu yang mengalami diabetes semasa hamil perlu mengawal diet untuk memastikan paras gula dalam darah adalah normal iaitu langkah awal sebelum menggunakan terapi insulin.

Info :
Pemeriksaan tambahan ibu hamil 35 tahun ke atas Amniocentesis – Dilakukan untuk mengesan sebarang masalah atau kemungkinan berkaitan kelainan kromosom yang boleh berlaku kepada bayi dalam kandungan. Prosedur ujian ini melibatkan pengambilan sedikit sampel air ketuban menggunakan jarum yang disuntik ke perut anda. Ujian biasa dilakukan pada usia kandungan 16 – 20 minggu.


Untuk dapatkan keterengan tentang set diabetes semasa hamil atau set mengandung,boleh hubungi saya

NURUL AQIDAH AZAHAR
( YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR )
sms/whatsapp 0174636210
Email: Aqidgirl_88@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)