KEBAIKAN SUSU IBU:GOOD BYE SUSU FORMULA

Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk ?
Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amat kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali.
Secara ringkasnya , Susu ibu terjadi adalah terjadi dengan kuasa ALLAH yang memproses darah merah bersama-sama zat zat makanan . Heba
t bukan ? 


10 SEBAB ‘SUSU IBU IS THE BEST’

1) Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.

2) Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).

3) Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

4) Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah disediakan. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.

5) Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.

6) Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ia mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.

7) Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

8) Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.

9) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

10) Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.

Susu ibu memang yang TERBAIK. Buat ibu yang berazam ingin menyusukan anak sehingga umur 2 tahun, teruskan usaha dan jangan pernah jemu untuk terus berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dilimpahi dengan susu yang banyak dan jangan cepat berputus asa. Setiap kesulitan itu ada jalan penyelesaianya dan semua itu bergantung atas kehendak dan keazaman masing-masing. ^_^

Untuk dapatkan milkbooster boleh pm saya seperti biasa. Saya akan bagi konsultasi dan tips panduan menyusu anak secara percuma kepada mommy2. Yang penting say 'Good Bye' kepada susu formula.

Kepada mommy yang bekerjaya jangan jadikan kerjaya anda sebagai batu penghalanguntuk menjayakan misi menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Setiap kerumitan pasti ada jalan penyelesaiannya.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments