HUBUNGAN INTIM SELEPAS BERSALIN

MASALAH KEINTIMAN SUAMI ISTERI SELEPAS ADA ANAK

Pernahkah anda terfikir tentang hubungan intim suami isteri selepas memiliki anak? Kesibukan menguruskan si comel tentu sahaja mengambil banyak masa anda berdua. Kesibukan seharian menguruskan anak membuatkan ibu terutamanya berasa keletihan dan memerlukan rehat menjelang malam hari.

Jadi bagaimana caranya hendak memastikan hubungan intim dengan suami tetap hangat seperti ketika baharu bergelar pengantin baharu? Jom semak tip berikut, mana tahu ada yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian anda berdua.

Membuat jadual

Mungkin ia kedengaran janggal tapi tidak salah mencuba terutama sekiranya anda seorang ibu berkerjaya yang sibuk menguruskan anak dan kerjaya. Perbincangan dengan suami tentang hal ini mungkin membantu anda memikirkan tentang kepentingan hubungan ini sebagai salah satu kunci keharmonian rumah tangga.

Berterus-terang

Kadang kala bersikap jujur lebih baik daripada berbohong tetapi menyakitkan hati pasangan. Oleh kerana masa yang kalian miliki tidak sama seperti ketika belum mempunyai cahaya mata maka berkata jujur dengan suami terutama ketika berada di atas katil. Anda lebih mengetahui cara terbaik membicarakan hal ini ketika anda sedang berdua-duaan tanpa anak di sisi.

Berbahagi tugas

Biarpun tugas mengasuh anak banyak dilakukan oleh ibu tetapi cubalah untuk membahagikan tanggungjawab tersebut dengan suami. Minta tolong daripada suami jika anda memerlukan bantuan. Jangan hanya mengomel di belakang tanda tidak puas hati tetapi menolak pertolongan yang ingin diberi oleh suami dengan alasan tidak berpuas hati hasil kerja suami. Hakikatnya bebanan yang ditanggung berseorangan membuatkan anda semakin tertekan dan tidak ada ‘mood’ untuk melakukan hubungan intim.


Jika anda ada masalah ini, ida boleh tolong dengan pengambilan SET KEINTIMAN SHAKLEE

SEBARANG PERTANYAAN DAN PESANAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NURUL AQIDAH AZAHAR
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

Post a Comment

0 Comments